Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Britain tidak boleh berpatah balik keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) kerana ia tidak boleh dirombak lagi dan perlu diteruskan, demikian kata seorang menteri berhubung jika negara itu mahu menarik diri daripada keputusan yang telah dibuat.
Memetik laporan Reuters, proses Britain meninggalkan EU tidak boleh ditarik balik apabila ia telah dicetuskan.
Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, beliau akan menggunakan Perkara 50 daripada Perjanjian Lisbon EU pada akhir Mac ini, iaitu tempoh permulaan dua tahun rundingan perceraian formal.
Peguam kerajaan juga sudah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara sama.
Namun, beberapa pemimpin EU mengatakan Britain masih boleh menukar fikiran dan tindakan undang-undang dapat menentukan sama ada ia boleh diterbalikkan telah difailkan dengan mahkamah Ireland.
Setiausaha Kehakiman Elizabeth Truss berkata, perkara ini boleh di bawa ke mahkamah, tetapi pihaknya difahamkan ia tidak boleh ditarik balik.
“Apabila kita sudah tekan butang yang akan pergi ke hadapan, kita akan teruskan," katanya.
19 Februari 2017 - 18:13
News ID: 812787
Britain tidak boleh berpatah balik keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) kerana ia tidak boleh dirombak lagi dan perlu diteruskan, demikian kata seorang menteri berhubung jika negara itu mahu menarik diri daripada keputusan yang telah dibuat.